BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 26, 2010

GEMPAKSTARZ COLLECTION

ini koleksi aku komik GEMPAKSTARZ. aku terlalu minat dengan komik dari terbitan ini dan lebih-lebih lagi hasil karya yang ditulis oleh USAMI MAKI, selain itu aku suke karya WASHIO MIE dan SAKURAKOUJI KANOKO. Setiap karya USAMI MAKI semua aku ada. bukan hanya aku seorang yang minat komik macam ni malah adik aku juga bantu dalam menyimpan koleksi . hobi kami memang suka melukis kartun begini serta mengumpul pelbagai cerita dari terbitan GEMPAKSTARZ. pada hakikatnya aku bukan sekadar meminati komik tapi secara tidak langsung hobi aku yang sejak 13tahun dahulu ialah membaca novel dari pelbagai terbitan seperti ALAF21, KAKI NOVEL, BUKU PRIMA, CREATIVE dan sebagainya. tetapi sejak aku habis belajar dari sekolah menengah aku mula berjinak-jinak dengan mengumpul koleksi komik. mungkin ini sedikit berbanding pengumpul koleksi di luar sana namun aku sekadar ingin mengkongsi koleksi yang aku ada. sekian aku sampai disini lain hari aku akan beritahu perkara yang lain. jumpa lagi.

Sunday, April 25, 2010

SAYU DIKALA MALAM MENJELANG

Hari ini 25.4.10 pada malam yang agak sunyi bagi aku. sudah begitu banyak aku berfikir tentangnya. aku tidak tahu mengapa begitu sayu hatiku saat ini. begitu sakit malah seperti merindukan seseorang agar berada di sisi ku. aku mengerti sekarang bukan saat untuk itu tapi itu yang aku rasai. aku meminati kadangkala aku fikir andai seronok aku dapat mengalami seperti mana setiap komik yang aku baca. GEMPAKSTAZ bukan romantis yang aku pinta namun perasaan untuk bersama orang yang tersayang begitu kuat dalam hatiku. aku tidak menafikan saat bersama orang yang tersayang adalah saat yang paling menggembirakan hatiku. andai sekali lagi aku diberi peluang untuk merasai seperti dalam cerita komik yang ku baca tentu menyeronok kan namun itu sekadar cerita dongeng cerita rekaan dari penulis. aku tidak ingin menjadi kebudak-budakkan tapi naluri ku. salahkah naluri ku inginkan sebegitu?? aku bingung aku tidak tahu dimana jalan yang patut aku pilih dimana tempat yang harus aku pergi aku tidak tahu. aku tidak ingin mempunyai masalah yang mengusutkan fikiranku setiap waktu. dan kerana itu aku ingin menjadi sebahagian diri dalam komik yang ku baca. mengapa kehidupan ku begitu rumit.?? mengapa semua sangka aku begitu mewah tanpa masalah begitu ceria setiap masa?? kenapa? aku tidak tahu dengan siapa perlu aku luahkan perasaan ku. saat ini begitu sukar untuk ku.